1957: Hati Malaya... 51 thn Malaysia MERDEKA....

Hari tu aku tgk citer 1957: Hati Malaya arahan Suhaimi Baba. Sebenarnya dr last year lg aku nk tgk citer ni tp x berpeluang sbb last year aku ada SPM exam so, aku tunggu cd or dvd dia keluar jerla... tp sampai skrg aku still x dpt cari lg cd citer ni... aku pun x tau napa... setelah sekian lama menunggu untuk menonton movie ni, akhirnya khamis malam jumaat haritu tecapai gak hasrat aku utk tgk filem ni... aku ingat lg, adik aku ketawa kat aku bila aku ckp aku mmg berkobar - kobar nk tgk citer ni... mungkin sifat patriotisme dia x tinggi lg... kalau mcm aku, I love history... x tau napa tp mmg aku fall in love dgn sejarah ni... sebelum ni aku suke world history... tp selepas aku tgk citer ni, aku lebih menghargai history of malaysia....

Cerita ni mmg bagus giler utk generasi muda Malaysia sekarang... cerita ni mmg menambahkan sifat cinta akan negara kita MALAYSIA... scene plg menarik dlm cerita ni ialah apabila kesanggupan org Melayu dlm membantu Tunku Abdul Rahman ke London utk mencapai kemerdekaan.... scene tu mmg touching giler... Tunku sampai menitiskan air mata bila melihat org Melayu bersama dia... mmg agak sedih time tu...

pelakon yg membawakan watak Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn Jaafar mmg superb! amazing! mmg tabik giler... diorg mesti dah buat research yg begitu details... memang real apa yg diorg perform dlm filem ni... syabas Che Kem & Zaefrul Nadzarine... filem ni juga betul2 show macam mana peritnya pejuang bangsa dulu mencapai kemerdekaan utk negara kita... cuma aku x brp puas hati dgn CGI citer ni... nmpk sgt x real... tp it still x melunturkan minat aku tehadap citer ni... Shumi have done a good job... well done Shumi...

antara perkara yg aku suke lg bila aku tgk tokoh2 merdeka ni ialah bila tgk keturunan diorg akhirnya mengikut jejak langkah mereka... seperti contoh plg dekat... pemangkin kebangkitan org melayu dgn menubuhkan UMNO ialah Dato' Onn Jaafar. anak dia menjadi perdana menteri ketiga iaitu Tun Hussein Onn. cucu dia pulak jadi menteri pelajaran Malaysia, Dato' Seri Hishamuddin... ada lg contoh seperti Haji Ahmad Badawi. dia antara tokoh yg membantu tokoh pejuang kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman, Tun Dr Ismail, dan lain2... Bapa Haji Ahmad Badawi, Syeikh Abdullah Fahim pula merupakan tokoh yg bertanggungjwab dlm meberikan tarikh kemerdekaan kita sekarang 31 Ogos... sekarang, anak Haji Ahmad Badawi dan cucu kepada Syeikh Abdullah Fahim pula menjadi Perdana Menteri Kelima Malaysia which is Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Lagu tema cerita ni pun best gak, which is Lagu Hati nyanyian Siti Nurhaliza & lagu Perlu Kamu nyanyian duet Ajai & Kris Dayanti. dua2 lagu ni mmg sesuai utk cerita ni... Aku betul2 harap lebih banyak lagi historical filem mcm ni di hasilkan oleh penghasil2 filem di negara ni... jgn fikirkan ttg keuntungan saja tp fikirkan ttg mesej positif dan patriotisme yg ingin disampaikan dalam sesuatu filem tu... dan aku berharap dan menyeru generasi muda utk menghargai dan cuba menghayati erti kemerdekaan itu sendiri... jgnlah kita hanya sekadar mempelajari sejarah Malaysia tanpa kita menghayati sejarah negara kita sendiri...

ini one of scene dlm citer 1957: Hati Malaya...

dlm beberapa saat lg, negara kita Malaysia akan menyambut sambutan kemerdekaan yg ke 51... semoga Allah akan melindungi dan merahmati negara kita Malaysia...semoga Malaysia akan mencapai kemajuan dan akan lebih mantap di mata dunia...
Amin...

Popular posts from this blog

Exam dah hbs...

[REVIEW][DRAMA] Ugly Alert

[REVIEW][DRAMA] Empress Ki, 기황후