아프고 힘들더라도 이것도 살아있어야 느끼는거니까 - 순정에 반하다

Wednesday, September 16, 2009

selamat hari raya!!!!

Selamat Hari Raya! Aku nk balik dah esok... yay! nk citer pasal Chit Chat with Beautiful Ladies minggu lps... kali ni Summer Special Part 2. Kali ni, ada wakil Malaysia! tapi chinese la... tapi aku mmg proud giler dgn dier ni... ok sbbnyer, gini...

Ada seorg panelist misuda dr China ni, dia tnya kat Po ni sama ada dia 'minum' atau x? sbb Dong ling ni kwn ngan sophia ridza... our only representative from Malaysia in Korean Talkshow... wowhohohoho... then, Po pun jwb la dia minum sbb dia Buddhist... satu lg, apa yg wat aku proud, dia menerangkan coupling in our country sbb negara kita ni negara Islam... dlm masa yg sama it show how 1 M'sia are we... dia sebagai bangsa dan beragama yg berbeza menerangkan keadaan negara kita. yelah, dia terangkan kalau negara kita ni, x boleh nk beromance tak tentu pasal kat negara kita... kalau kene tangkap, kene tunjuk certificate yg org tu dh kawin, and kalau x kahwin, mereka yg ditangkap khalwat tu perlulah dikahwinkan... so it show yg dia fhm ttg agama Islam... dan masyarakat Malaysia...

Aku bangga kerana dia menerangkan dgn begitu jelas sekali. sedangkan dia seorang Chinese yg beragama Buddhist. Aku mmg respect cara dia menjadi seorang rakyat Malaysia. Perghh... Salute! Mmg truly Malaysia... muka pun hensem gak! hehehe...


Po the charming guy in Global Talk Show...

The proud Malaysian flag with his name...

okey, that's all jer yg aku nk citer... hahaha... tajuk entry pasal hari raya, citer pasal Po plak... kaakakakkaka....

p/s: Kepada sesapa yg terlalu dan terbaca blog aku ni, aku nk mohon maaf kalau kata2 aku kat blog ni menyakitkan hati org lain... maafkan la segala kesilapan aku selama ni k... semoga raya tahun ni akan mengeratkan hubungan sesama kita...

Salam Aidilfitri dari aku, Nuramirah Liyana Roslan...


Monday, September 14, 2009

dh hbs midsem Programming...

Td hbs sudah midsem test programming ku... lega skit la... anyway, ssh gak soklan2 nya...
tp, apa yg penting....
Sudah hbs... hehehehe....

Friday, September 11, 2009

Jaebeom keluar 2PM...

Aku baru jer baca berita ni kat blog kpopped. Sedih gak walaupun aku bukanlah truly fan dorg... tp layan gak lagu again and again diorg, lagu 10 out of 10... sedey dowh... Jaebeom ni dahla berbakat giler...


ni gambar dia kat airport, credit to Kpopped...

Perkara yg menyedihkan lagi dia terpaksa keluar dr group tu sbb dia pernah tulis something kat dlm myspace dia yg mengutuk Korea. padahal, benda tu happen 4 thn lps... skrg baru nk di gemburkan... diorgnyer netizen mmg teruk giler kot... mana x nya, bayangkan byk artis diorg bunuh diri sbb tertekan dgn desakan dan tekanan dr netizen la... bangang giler netizen dorg ni... dlm masa yg sama aku agak terpegun sbb betapa bsrnya pengaruh netizen diorg dlm kehidupan artis diorg ni.. yelah, sampai sanggup bunuh diri... itu cerita lainla...

Kesian fans 2PM yg bkn dr Korea... but I bet fans diorg kat Korea pun mmg sedang berkabung skrg ni... sedey kot... dhla leader group plak tu... aku quite shock gak la dgn news ni... anyway, aku still harap Jaebeom akan balik semula dgn group 2PM ni... dia best kot... sedeyla kalau dia x da... walau bagaimanapun, I still wish him the best... Good Luck Jaebeom! Aja - Aja, Fighting!

p/s: ^_^ Keep on looking at the bright side, there's a lot of things that waited for you in the future...

Friday, September 4, 2009

Madah Seorang Generasi Muda Malaysia...

Last Monday, kemerdekaan Malaysia sudah berumur 52 thn. Mlm merdeka hari tu, aku tgk cerita 1957: Hati Malaya. Jika ingin merasa dalamnya semangat pejuang2 dahulu menuntut kemerdekaan, anda yg menggelarkan diri anda rakyat Malaysia mmg kena tgk filem ni. Filem 1957: Hati Malaya bagiku merupakan sebuah karya anak Malaysia yg tidak ternilai harganya bagi kita sebagai generasi muda utk menghargai erti kemerdekaan itu selain drpd buku teks Sejarah di sekolah yg boleh buat kita mengantuk bila membacanya.
Bagi aku yg mmg minat mata pelajaran Sejarah kat sekolah dulu, filem ni seolah-olah suatu bentuk visual utk apa yg aku belajar kat sekolah dulu. Filem ni jugak betul2 meningkatkan sifat patriotisme dlm diri aku.


Malangnya hari ni, aku sebagai anak muda negara yg bertuah bernama Malaysia ni, aku sedih... aku sedih dgn segala kemelut politik negara ni yg x pernah berkesudahan. Seolah-olah memang sudah tiada jalan penyelesaian. Politik ni juga telah melibatkan perbalahan antara kaum, agama dan banyak lagi. Kenapa kita x boleh hidup dgn aman, damai dan harmoni? Ini lah ujian yg perlu dilalui oleh rakyat di negara bertuah ini.

Malaysia jika ingin dibandingkan dengan negara2 yg sama merdeka pada 52 thn yg lepas, telah jauh maju dan membangun. Kita juga telah berjaya membuktikan pada dunia yg dalam masa 52 thn kita merdeka, kita telah berjaya mencapai thp kemajuan yg tidak dpt dicapai oleh negara yg merdeka lebih awal dari kita.

Justeru, marilah kita sama2 renungkan balik sejarah negara kita. Semarakkan semula semangat cinta akan tanah air kita seperti mana pejuang2 kemerdekaan kita lakukan dahulu. Jgnlah kita berpecah belah. Sayangilah negara ni, Cintailah negara ni. Maybe I sound stupid whe I said things like these. Maybe those who read apa yg aku tulis ni pun akan gelak and akan cakap, "Poyo giler bdk ni... mcm org tua jer..." or "Skemanye la dier ni..." or others... tp take time, renungkan balik apa yg aku cakap ni... We as the youngster of this country should be proud and honour to be born in this lovely country called Malaysia. There's no other country like this in this whole universe! So let us live with harmony and peaceful so that we can be united to overcome any problem that related to the political, economical, religious and ethnical of this country in the future.

SALAM 1 MALAYSIA

p/s: History is very, very, very, very, very, very, very, very, very important for one's life.

"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it."
-George Santayana-

So let us learn from the history and try not to make the same mistake from what our ancestors have done... Peace y'all...


Thursday, September 3, 2009

Programming!!!!

Aku sedang mengusahakan utk menyiapkan programming utk ptg ni...

Ptg ni dh kene submit plak tu....

Tension!!!! Tension!!!