Raya 2012 & New Novel: Cinta Kau Dan Aku [REVIEW/SPOILER]

Pejam celik, pejam celik kini dah seminggu lebih Syawal 2012 tiba. 
persiapan raya hari tu penat jugakla, tapi byk jgk imbuhan sbb tolong ibu and atuk opah tahun ni ^^
Anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Aku ni mmg jarang update blog ni... OTL biasala penyakit M, equal to MALAS XD
setiap kali datang feel nk menulis, sekelip mata jugakla feeling to get away mcm tu je sbb M kekekeke XD

anyway, sebenarnya berbanding nk citer pasal Raya, aku nk citer pasal novel baru aku beli haritu.
duk tunggu ibu dgn adik2 aku beli barang kat Jusco Bukit Raja hari tu, aku dgn my another sister, tunggu jer kat luar... belek2 la novel and majalah2 kat kedai buku dpn jusco tu. tetiba, mata aku tertancap kat satu buku novel ni, tajuk dia: "CINTA KAU DAN AKU" karya Siti Rosmizah.


Sinopsis...
"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Dah lama tak layan novel, pastu dapat novel best mcm ni mmg terbaik la ^^
masa sampai climax citer ni, nangis tersedu-sedan aku... dah tu baca sampai kul 3 pagi plak tu lol XD
apa yg aku suka gak dlm novel ni, betapa sempoi, cool, brutalnnya watak Farisya tu... ye lah, dia cam tomboy2 skit tp dlm masa yg sama masih ada sifat2 keperempuanannya. yg bestnye lagi pasal novel ni, aku boleh rasa mcm2 feelings. sedih, angst, marah, geram, annoying etc. 
memula rasa geram dgn watak Suraya and Farah yg kejam gler. mmg x berhati perut langsung and mostly rasa geram dgn sifat Farish Hakimi. kalau sekalipun, Suraya dgn Farah ni jahat sekalipun, yg paling buta, bebal, egois, mmg Farish la... mamat ni tau dia punye ego, cemburu, marah dia je...
kadang2 make me wonder, mmg ada ke yek mamat mcm ni in real life... yerla, aku ni pun bab relationship ni mmg x pernah ada experience langsung pun... pernah la nk try ada dlu tp alih2 mmg diri ni x sesuai or x ready lg utk ada rasa komitmen tu... x kisahla pasal tu... tu yg lbh suke baca novel ni... lol XD buat fantasi sendiri ㅋㅋㅋㅋ

blk semula pasal citer ni td, selain personality Farisya yg aku respek pasal dia, bende yg aku suke lagi psl karakter dia ni, sifat terus terang dia. straight to the point. lagi satu, dia jenis yg suke mengusik.. bubly punye type of person... tu sbb bile dia jadi mangsa fitnah org yg x gne, aku rasa sgt2 sedih.. lagi2 bila org yg dia cinta x beri peluang langsung utk dia bg explanation... apa kes... tu la yg buat aku geram ngan watak Farish tu.... cepat melatah... ikutkan sifat cemburu dia... not being rational... serius dia x mcm cikgu Zul. 

kdg2 ada part dlm novel ni yg rasa cliche and dh selalu gne dlm novel2 yg pernah aku baca tp pendekatan penulis yg to me blh rasa detailsnya, make me like it even more. in the end, the moral story from this novel, kalau dah jodoh sesuatu relationship tu panjang, maka insyaAllah macam mana sekalipun dorg akan bersama jugak. kalau x, x la... you just have to be the bigger person...  think rational in solving your problems... bawa berbincang... kalau x berbincang, macam mana nk selesaikan sesuatu perkara... cuba lihat sesuatu secara menyeluruh... buka semua pandangan... dlm novel ni ada part lagu Nora - Renungan Terakhir, terus cari lagu ni kat Youtube XD 


yg pasti, dgr lagu2 Nora mlm2 ni, and sbb novel ni, terus bg aku feel nk start penulisan aku blk XD

Popular posts from this blog

Exam dah hbs...

[REVIEW][DRAMA] Ugly Alert

[REVIEW][DRAMA] Empress Ki, 기황후